jump to navigation

Selamat Tahun Baru Cina-Tahun Lembu January 25, 2009

Posted by mesmerising1 in FUN-daRising, MYmesmerisingLIFE, our life, personal.
trackback

lembu7

Sifat positif

Bertanggungjawab, boleh diharapkan, jujur, penyayang, mulia, tegas, berfikiran terbuka, rajin, praktikal, sabar, tabah, berkuasa, berani, mahir, petah, berbakat, yakin, kritis.

Sifat negatif

Menjengkelkan, tegar, cemburu, dogmatik, mudah diperdaya, degil, terlalu kritis, tidak bertoleransi, rendah hati, paranoid, menung hiba, egotis, dingin, kejam, ganas.

Itulah dia sifat2 org2 yg dilahirkan dlm tahun lembu, hehe.. seb baik aku tahun naga, korang x taw lah perangai aku mcm mane, hehe..

tapi sepanjang aku hidup, sekolah, sampai dah masuk universiti ni, walaupun aku di kalangan orang2 yang dilahirkan tahun naga gak, tapi perangai kita tak semestinya same kan…

aku dah jumpa macam2 jenis perangai, funny, weird, annoying pun ada, aku jugak ape kurangnya..

nak cerita sikit pasal annoying neyh, annoying ialah menjengkelkan, hah.. dari sekolah menengah dulu aku dah pernah rase macam mana rasenyer berkawan dengan orang yang menjengkelkan nih,

mengikut ingatan aku yang tak seberapa neyh, huhu, ada lah sorang kawan aku, dia neyh ada ramai kawan, tapi aku kawan lambat sikit dengan dia, dia cerita macam2 pasal hidup dia yang kononnya kaya-raya, pergi sana pergi sini melancong kowt, cerita pasal ape lagi aku tak ingat pulak..

tak lama pas tu dengar pulak cerita kawan2 lain pasal dia neyh yang suka menipu.. apa yang dia cakap sumenye tak boleh disahkan benar oleh yg brtanggungjawab, hah…

sampai ada satu hari dia ajak aku dan sorang kawan aku pergi rumah dia, seperti cerita nya sebelum pasal rumah dia yang grand gila ni, aku dengar dah macam Fairytopia punyer citer, haha…

tup tup sampai rumah dia, hampa belaka, bukannya nak mengharap kan dia tu seorang yang kaya jutawan ker, tapi kalo dah benda tu tak betul jangan lah dibetulkan, tak payah lah aku tulis macam mane rumah dia yang sebenarnya dan juga perbandingan dengan cerita dongeng dia tu…… tak baik mengumpat, eh, true story kowt, xper kan?

hehe..

lepas habis SPM terus aku dah putus hubungan dengan dia, takpelah, tapi kesian jugak kat dia, adakah beliau itu psycho ke aper, harap2 dia boleh ataupun dahpun berubah hendaknya….

Comments»

1. hairie - February 8, 2009

aku ni trgolong kwn yg cmaner ek?

2. mesmerising1 - February 8, 2009

annoying.. huhu, xlah..
ko baik(huhu)…
kekadang menggeramkan pale otak aku neyh,
tapi boleh tahan lg..
huhu..
jan mare.. hu