Vote for Palestine… February 5, 2009
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu, islamicINFO.1 comment so far

dalam sibuk2 dengar citer pasal boikot memboikot neyh, korang taw ke nak boikot ape?
hehe…. list of product 2 aku dpat kat aslann …
lagi satu, web nih ada ruang untuk korang vote untuk Palestine,
PERKAHWINAN MAWI DAN EKIN January 4, 2009
Posted by mesmerising1 in FUN-daRising, LOVEcintaINDAH, info perlu tahu.Tags: akademi fantasia, mawi
5 comments

Kali ni jom kite tengok gambar2 majlis perkahwinan Mawi dan ekin Ekin. Daripada berita di Murai, kedua acara perkahwinan diadakan di Taib Andak Johor.
Diorang ni siap naik helikopter lagi mase ni, helikopter itu daripada Hotel Sofitel, Senai dan tiba di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia di Taib Andak jam 130pm.


Yang menarik adalah apabila Ekin memandu Mercedez SLK 500. Ya! Ekin memandu ia! Bukan Mawi! Sebab Mawi yang tak mempunyai lesen memandu.. Tak pe lah kan, romantik gak…hehe
Selamat Hari Raya Aidiladha December 7, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu, islamicINFO.Tags: islam
2 comments

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
source: http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanAidilAdha.htm
tips bile korang “makan hati’ November 3, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu, personal, tension.7 comments
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
karavan canggih October 26, 2008
Posted by mesmerising1 in WORLDpicture, info perlu tahu.1 comment so far
Gambar2 ni sebenarnya adalah sebuah karavan, karavan ni selalu dibuat rumah kat oversea.., tapi yang ni canggih gile.. siap ada garaj kereta lagi..
interior die pun siad design macam rumah biasa, fully furnished lagi..
Kalo pakai ni pilih je nak duk mane, travel terus stay, tak payah nak bayar.. maybe kene bayar parking kot..
Trick Jalanraya October 25, 2008
Posted by mesmerising1 in WORLDpicture, info perlu tahu, lawak.add a comment
cube tengok gamba kat jalan raya ni..cam bese tgok kat MALAYSIA je kan? huhu
tapi gambar2 ni adalah iklan semata2.
tapi nampak mcm real jer ek.. kalo kat MAlAYSIA yelah nampak real..huhu
Iklan ni sebenarnya adalah untuk suspensi kereta berjenama Pioneer. Apa yang ingin dinyatakan ialah apabila anda menggunakan suspensi berjenama berkenaan anda seolah-olah tidak akan berasa apa-apa apabila melanggar lubang besar sekali pun dan tetap selesa sewaktu memandu.
huha….
kalo kat MALAYSIA ni mesti accident punye sebab nak elak,,,..huhu
Laparnye… October 18, 2008
Posted by mesmerising1 in WORLDpicture, info perlu tahu, lawak.add a comment
Melaka Bandaraya Warisan Dunia August 24, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu.add a comment
pregnant man? lelaki? mengandung?… August 20, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu.add a comment
kalau korang belum tahu, cerita ni famous bulan Mac yang lepas….
Kawan-kawan mereka di Hawaii berkata dia mempunyai seorang rakan, Nancy Roberts, dan memutuskan untuk menukar jantina kerana undang-undang pulau tidak membenarkan perkahwinan jantina yang sama.
Thomas Beatie telah melakukan pembedahan buah dada dan mengambil suntikan-suntikan testosteron dwibulanan, kecuali bahagian bawah badannya(organ seks) dikekalkan perempuan.
Selepas dia sudah berkahwin secara sah dengan Nancy Beatie, pasangan itu mengkehendaki seorang bayi secara biologi. Tetapi Nancy Beatie tidak boleh mengandung disebabkan oleh endometriosis, Thomas Beatie memutuskan untuk melaksanakan kehendak mereka dengan mengandungkan anak mereka.
Thomas Beatie yang sekarang hamil selepas dua percubaan permanian di kediamannya sendiri menggunakan sperma penderma yang dibeli dari satu spermbank dan dia diramal untuk melahirkan anak beliau pada 3 Julai yang lepas.
ni dia gamba Thomas dengan anak diorang, Susan Juliette…..
itulah dia cerita pasal lelaki yang dulunya perempuan memutuskan untuk mengandungkan anak dia sendiri…
banyak pendapat dan komen dah diterima oleh beliau, so ni sebagai tatapan untuk korang jer supaya lebih menyayangi keluarga sendiri, seperti kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau…
Kenapa penyu jalan lambat? August 19, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu.add a comment
Nak tahu kenape penyu jalan lambat? penyu jalan lambat sebab diorang tak perlu nak jalan laju…huhu..
Tapi aku selalu tengok budak-budak u aku jalan lambat2, diorang ni herbivor ke? Macam mana lah Malaysia nak maju kalau selalu lambat jer kan… kita ni kan omnivor, so jangan lah nak jadi herbivor pulak…
Ni aku rasa semua orang tahu, penyu jugak ada cangkerang yang tebal untuk lindung diri dia daripada pemangsa, kita jugak dapat tengok penyu ni menyorokkan kepala dengan kaki dia kedalam cangkerang dia, dengan tu diorang dapat berlindung dari pemangsa macam korang ni…hehe
Secara fizikalnya, penyu ni slow sebab diorang adalah salah satu makhluk yang mempunyai metabolisme yang rendah, bermaksud badan mereka memproses tenaga dengan perlahan .
Nak tahu lagi, haiwan yang mempunyai metabolisme yang rendah ni selalunya hidup lebih lama… mesti kita pernah dengar kan ada penyu yang boleh hidup sampai 100 tahun lebih…
Lambat-lambat pun boleh menang lumba lari …
Go penyu go!!! You can do it!!
Two-Headed Turtle Goes on Display in Pennsylvania @ cjreport






















