Selamat Tahun Baru Cina-Tahun Lembu January 25, 2009
Posted by mesmerising1 in FUN-daRising, MYmesmerisingLIFE, our life, personal.2 comments

Sifat positif
Bertanggungjawab, boleh diharapkan, jujur, penyayang, mulia, tegas, berfikiran terbuka, rajin, praktikal, sabar, tabah, berkuasa, berani, mahir, petah, berbakat, yakin, kritis.
Sifat negatif
Menjengkelkan, tegar, cemburu, dogmatik, mudah diperdaya, degil, terlalu kritis, tidak bertoleransi, rendah hati, paranoid, menung hiba, egotis, dingin, kejam, ganas.
Itulah dia sifat2 org2 yg dilahirkan dlm tahun lembu, hehe.. seb baik aku tahun naga, korang x taw lah perangai aku mcm mane, hehe..
tapi sepanjang aku hidup, sekolah, sampai dah masuk universiti ni, walaupun aku di kalangan orang2 yang dilahirkan tahun naga gak, tapi perangai kita tak semestinya same kan…
aku dah jumpa macam2 jenis perangai, funny, weird, annoying pun ada, aku jugak ape kurangnya..
nak cerita sikit pasal annoying neyh, annoying ialah menjengkelkan, hah.. dari sekolah menengah dulu aku dah pernah rase macam mana rasenyer berkawan dengan orang yang menjengkelkan nih,
mengikut ingatan aku yang tak seberapa neyh, huhu, ada lah sorang kawan aku, dia neyh ada ramai kawan, tapi aku kawan lambat sikit dengan dia, dia cerita macam2 pasal hidup dia yang kononnya kaya-raya, pergi sana pergi sini melancong kowt, cerita pasal ape lagi aku tak ingat pulak..
tak lama pas tu dengar pulak cerita kawan2 lain pasal dia neyh yang suka menipu.. apa yang dia cakap sumenye tak boleh disahkan benar oleh yg brtanggungjawab, hah…
sampai ada satu hari dia ajak aku dan sorang kawan aku pergi rumah dia, seperti cerita nya sebelum pasal rumah dia yang grand gila ni, aku dengar dah macam Fairytopia punyer citer, haha…
tup tup sampai rumah dia, hampa belaka, bukannya nak mengharap kan dia tu seorang yang kaya jutawan ker, tapi kalo dah benda tu tak betul jangan lah dibetulkan, tak payah lah aku tulis macam mane rumah dia yang sebenarnya dan juga perbandingan dengan cerita dongeng dia tu…… tak baik mengumpat, eh, true story kowt, xper kan?
hehe..
lepas habis SPM terus aku dah putus hubungan dengan dia, takpelah, tapi kesian jugak kat dia, adakah beliau itu psycho ke aper, harap2 dia boleh ataupun dahpun berubah hendaknya….
tips bile korang “makan hati’ November 3, 2008
Posted by mesmerising1 in info perlu tahu, personal, tension.7 comments
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
selamat hari raya October 6, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.1 comment so far
selamat aidilfitri
kepada saudara serta saudari
setahun hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini…
di masa bulan ramdan
kita berpuasa hingga sebulan
pabila syawal menjelma
hari raya disambut dengan gembira…
Itulah die intro bagi lagu hari raya yang evergreen kat Malaysia ni, dari Saloma..
raya tahun ni mesti ade bende best aku nak tulis ni.. hehe sebab raye pertama aku sebagai blogger yg serius agaknye…
aku balik kg ari tu ari khamis, plan nak sampai petang tapi at last terpaxe berbuka dalam kereta, malam baru sampai rumah…
tapi bebanyak penghargaan gak kat kawan aku yg penat drive kete baru die tu..huhu
hari sabtu sebelum rayenye ari isnin tu baru aku nak kuar g beli baju raye, kat Taman Cempaka, tempat yg famous kat Melaka ni..
sempat jugak aku membeli kuih Tat( yang disuruh bawak sebab ade majlis kat U nanti! )
dah habis citer pasal sebelum raye (x yah la citer lg, x best pun)
masuk plak hari raye pertama..
Seindah suria yang menyinar
Hadirnya mendung menutup cahaya
di sebalik senyum tawa riang
seribu tangis hiba
di fajar mulia…
(lagu dari Aishah-setitis cahaya di aidilfitri)
mintak mahap la kat diri sendiri sebab hari raye pertama aku bangun kul 7.15 pagi,
memang suria dah menyinar pun, baru nak bangun,,..nasib baik dah siapkan baju, malam sebelumnye..
lepas sembahyang raye, ramai menuju ke rumah bonda ku hingga ke tengahari barulah kitorang dapat kluar ke rumah nenda ku.. wah
mase hari raye ni lah baru nak kenal saudara-mara kan.. xpe2
tetibe ak nampak junior aku mase sekolah dulu, rupenye dia dah jadi anak buah aku sebab ayahnye dah kahwin dengan sepupu aku..
….
hari raya keempat (skip jelah yer)
sedang elok berjalan-jalan di Melaka Central yang penuh dengan budak2 remaja yang enthusiast dengan fesyen diorang,
tetibe nampak seorang pakcik berbaju melayu kuning full, bersamping hijau, besongkok hijau, rupenye beliau yang disebut2 ini adalah driver bus,
bagus pak cik tu mewujudkan suasana raya dalam bus tu..
hari raye keempat pun ade jugak yang memakai baju melayu…
takkan melayu hilang di dunia tetap dalam ingatan kot, hehe…
yuhu September 5, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.1 comment so far
akhirnya aku telah meng upgrade template aku ke layout…
sekarang baru lah lega cket..
k lah pak guard dah suruh balik..
lastly, selamat berpuasa kepada semua..
moga ramadhan membawa seribu makna..
selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia..!! August 31, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.add a comment
problem!!!!!! August 31, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.add a comment
Sorry for the unexpected problem of my blog appearance..
I will fix it shortly…
Please stay with my community…..
thank you..
my community:
dah habis cuti…!!! August 22, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.add a comment
The Legendary Mahsuri August 22, 2008
Posted by mesmerising1 in personal.add a comment
The Legendary Mahsuri, tulah temanya dinner department aku sem ni… tempatnya tak payah nak teka lagi, ialah Langkawi, semuanya dah berlangsung pun 10-12hb Ogos hari tu…

Sebenarnya tak ada yang special aku nak cerita sebab tiap2 sem ade dinner, cume yang lain sem ni ialah pertandingan Recycled Art, yang ni pertandingan mereka baju daripada barang-barang recycled..


Ada lagi yang special ialah headgear yang direka sendiri setiap batch guna barang2 recycled jugak.
Ni die headgear batch kitorang yang menggunakan 100% ye (hope so) recycle: paper, straw, plastik…
Tapi dalam meriah2 the legendary mahsuri ni aku terjumpa gambar ni… aku lah yang membulatkan sesuatu yang pelik itu..
Komen?
Ni lah die batch yang meriah hendaknya, batch 05





semoga Malaysia kekal harmoni, aman dan bahagia hendaknye.. ye.. bye2..
it’s me… aku tak pakai baju recycle ok…..






